Friday, July 29, 2011

Selamat Menyambut Ramadhan Dina....

Moga ramadhan tahun ini
akan bertambah amalan awak
Dan Senantiasa di bawah rahmatNya

Saya mohon maaf
kerna masih tidak berubah
tidak sebagaimana awak
yang berjaya mematikan
saya dalam hidup awak

Cuma Dina...
Jangan lah takut pada saya
ingatlah...saya juga mencuba
untuk hilangkan awak dalam hidup saya
cuma masa kini saya masih gagal

Tidak pernah saya salahkan awak
atas apa yang saya alami kini
seperti selalu saya cakap
Semuanya adalah dengan Izinya
Mungkin ada pengajaran untuk saya
Mengapa setiap saat wajah awak ada depan saya

Saya berjanji dan sudah mencuba untuk
menjadi kawan baik awak
Samada berjaya atau tidak
haya awak yang tahu

tapi rasanya saya hanya kawan
sebagaimana kawan awak yang lain
Perlu kita ingat
Hanya Allah s.w.t.yang berhak menentukannya
Saya sudah cuba untuk menjadi kawan terbaik awak
Andai saya gagal , saya terima seikhlasnya ketentuanNya
Mungkin sudah ketentuanNYa
Saya bukan kawan terbaik awak.....

Jalani lah hidup awak seperti biasa
Buanglah diri saya sebagaimana sekarang
Buat yang terbaik dalam hidup awak
Dan doa saya setiap hari pun
Hanyalah untuk awak bahagia dan dibawah rahmatNya
Saya tahu awak tidak selesa dengan cara saya masih sms awak
Saya mintak maaf banyak .....

Hidup saya memang dibayangi awak
Saya akan cuba sedaya mugkin untuk tidak menganggu awak
Cuma kini saya masih gagal...Doakanlah moga saya berjaya
seperti awak dina...

Tiada orang yang bodoh mahukan apa yang i rasa sekarang
seksa dan saya rasa awak pernah mengalaminya...
seksa...gelisah... bila kita ingat kan seseorang yang kita sayang.....

Inilah ketentuanNya yang terpaksa saya hadapi
Lillahi tiada sebesar zarah pernah rasa dihati saya
ianya kesalahan atau bersebabkan awak....

Saya tahu dan faham
SEMUANYA berlaku adalah dengan
Izin Allah s.w.t. .........

Hanya di blog ini
Dapat saya luahkan segalanya
Bukan untuk melukut atau mohon simpati
Perasaan cinta, sayang bukan boleh dijual beli
Semua atas kehendakNya

Moga Ramadhan ini mengubah SEGALANYA
dan berlalunya seksa saya selama ini.....

Moga awak terus bahagia dan senatiasa dibawah
RAHMATNYA.....

Dan awak tetap sahabat saya ....
Walau hanya KAWAN BIASA
Untuk selamanya........

Selamat Menjalani Ibadah Puasa

Sunday, July 24, 2011

Adakah Diri Ini Pengacau hidup Awak..Dina

Dina...
Jika perbuatan saya ini buatkan
awak rasa diganggu
cakaplah..

awak sudah pun tahu
dalam diri saya
masih tidak terbuang diri awak
tidak sebagaimana saya
yang sudah lama padam dalam diri awak

saya tak mahu
menjadi antara orang
yang menganggu awak
kalau dulu saya yg bagi nasihat
bagaimana untuk 'melepaskan' dari gangguan
mana tahu sekarang ini,
saya pula antara orang yang menganggu diri awak kan

cakaplah
saya boleh terima
apa jua keputusan awak
samada diri saya boleh terima
atau tidak ...semuanya dgn izin Allah s.w.t
Pahit, seksa sudah lama saya rasa...hingga kini
Saya terima sebagai takdir ke atas diri saya...

Saya hanya tak mahu dianggap pengacau hidup awak

Monday, July 18, 2011

sedangkan lidah lagi tergigit .....18/7/2011

Baru terasa selesa berkawan dengan awak
tapi ada jua halangannya

susah saya hendak terangkan
mengapa saya melakukan kesilapan
walau ianya memang saya tidak jangka kan
dan semestinya saya tidak mahu

cukup tenang rasanya
dapat berkawan balik

sebagaimana awak cakap
kalau dikumpulkan tuntutan maaf saya
lori 3 tan pun dah melimpah

saya tidak malu atau kisah
untuk memohon maaf
bahkan melutut dikaki awak
saya sanggup dina

tapi kesilapan yang saya lakukan
bukan dirancang...secara tidak sedar
terkeluar....

saya faham dan mungkin saya sendiri
akan terasa kalau ditempat awak
dan lukanya mungkin mengambil masa
untuk sembuh......

apa yang saya harapkan
iannya tidak berparut....
dan sembuh dalam jangkamasa yang singkat

ihklas awak...
yang mampu saya buat hanya mohon maaf....
jika saya boleh melutut dapat menyembuhkan
luka awak...akan saya lakukan

Thursday, July 14, 2011

aku luahkan segalanya hari nii...14/7/2011

sejarah buat aku pagi ini
meluahkan segalanya
pada dina.....

bersalah rasa diri ini
mungkin buat dina rasa bersalah
ikhlas ..... sedikit pun tak pernah terlintas
semua apa yang berlaku
atas diri ini adalah dari izinNya

semuanya yang berlaku adalah atas hendakNya
aku redha dina
tak usah rasa simpati(kalau ada)
kerna aku selalu ingat
setapak kita berjalan adalah kerna izinNya

semua yang berlaku ada hikmahnya dan kerna IziNya
memang, aku lega sangat

dan sepertimana aku tahu
aku sudah lama mati dalam hidup dina
alhamdulillah aku mahu yang terbaik
buat dina....

sebagaimana doa ku lepas solat
kebahagiaan buat dina dan keluarga
jalanilah hidup mu sebagaimana sekarang
taat pada suami mu, bahagiakanlah keluarga mu
taat la pada Allah s.w.t

moga dina bahagia dan dibawah rahmatMU ya Allah
amin......

aku tetap sahabat mu.....