Wednesday, September 28, 2011

TeringatKan Kamu

Bulan Ini berturut......
Hari minggu aku di negeri kamu bekerja
Teringat kan awak dina....
Dan aku memang tak mesejkan awak
Kerna rasanya awak tak perlukan mesej saya....

Mu

Wednesday, September 7, 2011

TQ Dina

Pagi nii sampai ofis
Terus booking keta melawat outlet
Dengan suasana suram
Inilah cara aku mengubat nya

Alangkah gembiranya
aku terima mesej Dina
Terima kasih awak
Walau pun aku dah agak
Yang Dina mungkin takder apa apa

Tapi seperkara yang perlu Dina tahu
Aku akan gelabah kalau tiada mesej
Masuk minggu kedua tanpa mesej
Aku sudah suram

Dan
Malam ini
aku dimesej Dina dengan puasnya
Terima kasih banyak awak
Gelabahnya saya tanpa mesej awak

Itulah saya
Kalau awak nak tahu
Masih tak berubah
Mungkin sekarang saya boleh tak call awak
tapi saya masih perlu mesej awak
Takut kehilangan kali kedua
Walau ianya disebabkan saya

Thank awak...

Sunday, September 4, 2011

Aidilfitri 2011 Yang Suram

Pagi ini
Hari pertama kerja selepas Aidilfitri
Walau pun Aidilfitri tahun nii agak suram
Hanya kerna awak berdiam diri

Setelah beberapa mesej
tak ada balasan dari awak
Itulah yang selalunya
akan membawa suramnya hidup saya

Dina
Kini saya tak berani nak hubungi awak
Bukan marah tetapi takut mesej saya
menganggu awak.....

Bukan nak mengungkit
Tetapi beberapa mesej dengan berlainan hari
satu pun tak dibalas, bagi saya
Ianya adalah mesej yang menganggu kehidupan awak

Entahlah
Tapi terasa sangat, kacau jiwa ini

Tawar hati, bodohnya diri ini, melukut tepi gantang
Pengacau hidup awak, semuanya saya rasa
Lillahi kalau bukan Dina
Sudah lama saya tak berkawan orang yang tak membalas mesej saya
Inikan pula banyak kali

Sudah lama sangat saya tak call awak
Hanya satu sebab
Takut ianya menganggu awak dan
Saya tidak mampu untuk mendail nombor awak
Terlalu takut...gementar untuk mendengar suara awak

Dan Kini
Awak dah tak nak membalas mesej saya
Saya anggap ianya tidak menyenangkan hidup awak
Apa lagi yang saya boleh buat Dina
Untuk berkawan dengan awak ...
jauh sekali untuk menjadi sahabat baik awak

Saya akur ketentuanNya
Menjadikan saya sudah tidak selesa
Dalam kehidupan awak
Saya tidak mahu menjadi pengacau dalam hidup awak
Seperti lelaki lain sebelum ini

Lillahi
Memang suram hidup ini
Walau pun malu hendak saya nyatakannya
tapi itulah hakikat hidup
Yang perlu saya jalani


Dina...
Ketahuilah
kalau saya boleh lupakan awak
Saya takkan hubungi awak
Percayalah

Takper lah
Saya terima semuanya
mungkin inilah pengajaran
untuk kesalahan masa lepas

Buat Dina
Syukurlah ke hadrat Illahi
Awak sudah melepasi
Apa yang saya tengah rasai sekarang

Sesungguhnya Dina
Kalau ada peluang
mahu diri ini bertukar tempat kerja
Rasanya inilah saja caranya untuk lupakan awak
Insyaallah kalau ada peluang dan saya masih
seperti ini... mengacau hidup awak
Saya akan bertukar kerja....insyaallah

Dan andaikata selepas ini
Saya bertukar kerja
Ketahuilah ,
Saya memang menjauhi diri awak

Saya juga mahu kehidupan
Seperti awak dan orang lain
Hidup bebas
Tanpa mengingati orang yang dah lama bencikan kita
Itu yang saya rasa kini

Moga awak bahagia
Saya tahu Dina
Segala yang berlaku atas KetentuanNya
Segala gerak geri awak Hanya dengan izinNya
Bencinya awak terhadap saya pun atas IzinNya
Tiada kesilapan saya letak atas diri awak

Hanya kesal dengan diri ini
Mengapa bodoh masih mengingati awak
Yang sudah tiada apa pun terhadap saya
Walaupun yang saya minta hanya untuk
SEKADAR KAWAN........

Biarlah awak membenci saya
Dan mungkin suratanNya
Saya bukannya kawan bagi awak

Tetapi awak akan kekal kawan
SELAMANYA bagi saya.....
Terima kasih untuk segalanya