Sunday, November 20, 2011

Kita Semakin Jauh......

Setiap hari yang dilalui
Rasanya kita sudah semakin jauh
Setelah ingatan yang amat terhadap awak
Mungkin ada hikmah disebaliknya

Rahmat ini ya Allah
Moga ianya kekal dalam hidup aku

Dina,
Saya selalu berkata
Yang diri ini tak akan menganggu awak
Seandainya tiada perasaan cinta dan sayang
Akan tiada lagi penghargaan

Saya selalu bercakap
Yang saya bukannya kawan yang baik
dan mungkin tak pandai berkawan
kecuali terhadap awak...

Selalu saya berkata
semuanya itu kerana diri saya
masih menebal sayang kan Dina

Dan
Andaikata
Semua sayang dan cinta
Tiada lagi dalam diri saya
Percayalah
awak akan saya lupakan

Sebagaimana apa yang saya rasakan kini
tiada langsung dihargai dalam persahabatan
Dilayan tak lebih dari seorang bekas kakitangan

Saya faham
Apabila tiadanya kasih dan sayang
dalam diri kita terhadap seseorang
maka tiadala keistimewaan
yang kita harapkan
Pemberian yang tiada terima kasih
Ucapan yang tiada balasan
'Miss call' atau mesej tiada rasa apa
Mesej hanya untuk topikj perlu

Saya faham mengapa berlakunya semua itu
Dengan kata lain
'Siapa la saya'

Bukan mengungkit
mungkin pada suatu hari
Jika awak terpandang nukilan ini
Awak akan tahu
Iannya menghakis rasa hormat dan kasih saya
terhadap orang yang amat saya sayang

Dan Ketahuilah Dina
Awak berjaya menjadikan saya
orang 'gila' kan awak lebih 15 tahun..
Terjaga dari tidur hanya mimpikan awak
Keluarkan air mata hanya kerna teringatkan awak
Murung hanya kerana tiada kabar berita awak
Bangun sahaja dari tidur awaklah yang tergambar

Dan jika saya berhenti dari Agensi ini
Pun kerana awak....Ketahui la awak
Saya amat sayangkan awak
Rasanya tiada lelaki yang berjaya menandingi
Kegilaan saya....

sekiannnnnnnnnnnnnnnn

Sunday, November 13, 2011

mungkin sudah ditakdirkan......

Dina
Mungkin sudah ditakdirkan
Saya akan senantiasa mengingati awak
Sebagaimana waktu ini

Mungkin sudah Ditakdirkan
Saya sudah tiada kekuatan
Untuk menalipon awak

Mungkin sudah ditakdirkan
Saya sudah mati dalam hidup awak

Mungkin sudah ditakdirkan
saya boleh menerima semua yang berlaku
tetapi hati saya sudah ditakdirkan
akan sentiasa wujudnya awak dalam diri ini

semalam terjaga lagi
hanya kerana bermimpi
bersama awak....
Dan ianya..
terbawa bawa hingga kini

Dina
Ketika waktu ingatkan awak
lillahii ... terasa ingin buang diri awak
sejauhnya dalam hidup saya....
tak mampu lagi saya ....
untuk terus hidup macam ini...

Ingatkan awak...
pada masa yang sama...
saya sudah tidak ada kuasa untuk menalipon awak....
untuk sms pun begitu berat untuk saya....
Inilah dugaan...mungkin inilah doa awak...
sehinggakan diri saya lemah segalanya
untuk hubungi awak....

Lillahi Dina
tak ada manusia bodoh di dunia
yang inginkan apa yang saya rasa....
Teringatkan seseorang yang semakin jauh dengan kita...
Ketahuila awak .... saya amat teringatkan awak
Tetapi saya tahu...awak dijalan yang benar
Dan saya tahu apa jalan yang benar...
Cuma hati saya masih kuat ingatkan awak.....
Apa lagi yang perlu saya lakukan.....

Saturday, November 12, 2011

Wednesday, November 9, 2011

Saya Teringatkan Awak Dina

Hari nii
walau pun agak busy
hati saya amat teringatkan awak

maaf kan saya
kekuatan untuk mesej dan call awak
telah tiada dalam diri saya

maafkan saya kerana
masih teringatkan awak dina....mu

Saturday, November 5, 2011

selamat hari raya aidiladha dina

Selamat raya awak
alhamdulillah sebulan nii
rasa tenang sangat bersahabat dengan awak
harap ianya akan kekal begini

walau pun hati sentiasa teringat
tapi tidaklah ianya menjadikan saya gelisah
terima kasih awak

walau saya sudah cukup lama
tidak mendengar suara awak
cukuplah dengan mesej yang awak hantar

moga awak bahagia
sebagaimana yang saya doakan
selamat hari raya aidiladha
maaf zahir batin....