Awak ,
Saya mintak maaf kerana terpaksa menolak tawaran untuk kursus
Tika lihat nama dalam senarai memang rasa seronok
Lebih lagi bila tahu awak tak akan sertainya
Sehinggalah saya ternampak satu surat yang ada tandatangan awak
Hati kecil saya tak sanggup melihat tandatangan awak
Disitu saya mula berfikir....
Ya kalau awak hendak tahu itulah saya..nak lihat tandatangan awak pun saya tak mampu
Inikan pula selepas kursus mungkin akan terjumpa awak dan bersama dalam satu program
Saya tak sanggup untuk hadapinya
Kalau awak hendak tahu
Jika saya teringatkan awak
saya ingin lari dari awak dan apa jua yang berkaitan awak
Dan meninggalkan agensi ini adalah satu satu peluang yang saya rasa boleh
Melupakan awak..
Bukan benci ... atau marahkan awak
Mana mungkin kita benci pada orang yang amat kita sayang
Mana mungkin kita marah pada orang yang selalu kita ingat
Sebab nya saya tahu dan faham
hanya saya yang alami semua perasaan itu
Saya tahu ... saya dah lama mati dalam hidup awak
Persahabatan sekarang hanya belas ikhsan awak
Atau hanya simpati
Atau mungkin awak rasa bersalah terhadap saya
Saya faham semua itu....
Masalah saya hanya tidak boleh lupakan awak
Saya tidak pernah mengharapkan apa apa dari awak
Saya tahu awak...cinta itu bukan boleh dipaksa
Dan sudah ditakdirkan saya sudah mati dalam hidup awak
Saya terima semua itu....
Cuma ingatan saya terhadap awak tak pernah padam
Saya rasa tak pernah berubah....
Awak sendiri tahu
Saya pernah mencubanya.....
Setahun saya melarikan diri dari awak...
Biarlah keadaan seperti sekarang
Biarpun tanpa berjumpa atau menelefon awak
Saya masih boleh berkawankan....
Biarlah hanya diblog ini tempat saya luahkan segalanya
Dapat mesejkan awah dah cukup untuk mententeramkan sedikit ingatan terhadap awak
Saya rasa keadaan sekarang adalah terbaik untuk saya
Mungkin juga untuk awak...
Saya takut hati saya tak boleh menerima bila berhadapan dengan awak
Ketahuilah keadaan saya tak sama dengan awak
Amat jauh perbezaannya...saya masih seperti dulu
terima kasih kerana masih bersahabat dengan saya