Friday, October 19, 2012

Terima kasih Awak...

Lama tidak di update
Sebenarnya gembira bersama Dina
Walau pun hanya sekadar kawan baik
terima kasih awak

Dapat menerima saya
Walau hanya sekadar Kawan Baik
Ya..pengakuan ikhlas awak

Monday, April 2, 2012

Mu Awak.....

Hari ini isnin,
teringat kat awak....
lebih lagi lunch dan on way ke rumah petang

2 minggu nii cukup busy
tetapi luang rehat seketika
terus teringatkan awak Dina

Sebenarnya baru jumaat last terima mesej
rasa happy dan suka yang amat sebenarnya
diberi kepercayaan untuk 'mencari'
empunya nombor hset yang 'berani' kacau awak

hahahah siap i cari PI lagi tau
dan akhirnya kita ketahui siapa DIA
anak saudara awak....
Suspen .... ingatkan casanova lama tempat awak

apa pun saya gembira cuma teringat kat awak
nak mesej tak de point
yang kukuh untuk awak balas
kan terasa pulak hati saya

mu sayang....

Monday, March 12, 2012

Aku serba salah Dina...

Hari ini awak ada di pejabat saya
Awak datang awal pagi
Bagi mesyuarat satu program

Dari pagi tadi saya mesej
untuk bertanya situasi
Dan saya bertanya lagi bila kah akan pulang
ya ... sebagai kawan
semestinya saya akan bertanya

Saya faham kalau awak tidak mahu jumpa
atau berselisih dengan saya
Ya awak...bilik mesyuarat dan bilik saya
Hanya 20 meter tak sampai

Hampir setahun tak jumpa
hanya mesej antara kita

Saya hingga kini tidak tahu
Apakah sebab awak tidak membalasnya
Hendak juga tahu , silapkah saya

Atau awak merasa tidak selesa
bila berada dekat dengan saya
Walau bayangnya pun tiada berselisih

Lillahi Awak
2 hari berturut saya menangis
Bila teringatkan awak

Hari ini
Saya ternampak tandatangan awak yang simple itu
Terus tidak keharuan

Lillahi apa yang terlintas dalam hati ini
Saya tidak mahu lagi keadaan ini
Saya malu dengan diri saya
Umur dah lanjut tapi menangis
kerana teringatkan perempuan

Ya Allah .....
Berikan aku peluang untuk
Tinggalkan agensi ini secepat mungkin
Itulah doa aku ketika itu

Dan saya nekad
Ini lah pengorbanan paling besar dalam hiidup saya
Agensi yang cukup selesa untuk bekerja
Dan saya sangat sukakkan kerja saya sekarang

Tapi Insyaallah
Saya akan tinggalkan agensi ini
Lambat atau cepat
Hanya dengan IzinNya
Dan saya tahu serta faham
Tindakan awak mendiamkan diri juga
Adalah dengan IzinNya

Awak tidak akan merasa apa apa
Kerana Diri saya telah lama berkubur dalam hidup awak

Terima kasih atas segala
kepayahan awak memaksa diri
untuk melayan mesej saya
dan berkawan dengan saya
saya hargai semua itu