Monday, March 12, 2012

Aku serba salah Dina...

Hari ini awak ada di pejabat saya
Awak datang awal pagi
Bagi mesyuarat satu program

Dari pagi tadi saya mesej
untuk bertanya situasi
Dan saya bertanya lagi bila kah akan pulang
ya ... sebagai kawan
semestinya saya akan bertanya

Saya faham kalau awak tidak mahu jumpa
atau berselisih dengan saya
Ya awak...bilik mesyuarat dan bilik saya
Hanya 20 meter tak sampai

Hampir setahun tak jumpa
hanya mesej antara kita

Saya hingga kini tidak tahu
Apakah sebab awak tidak membalasnya
Hendak juga tahu , silapkah saya

Atau awak merasa tidak selesa
bila berada dekat dengan saya
Walau bayangnya pun tiada berselisih

Lillahi Awak
2 hari berturut saya menangis
Bila teringatkan awak

Hari ini
Saya ternampak tandatangan awak yang simple itu
Terus tidak keharuan

Lillahi apa yang terlintas dalam hati ini
Saya tidak mahu lagi keadaan ini
Saya malu dengan diri saya
Umur dah lanjut tapi menangis
kerana teringatkan perempuan

Ya Allah .....
Berikan aku peluang untuk
Tinggalkan agensi ini secepat mungkin
Itulah doa aku ketika itu

Dan saya nekad
Ini lah pengorbanan paling besar dalam hiidup saya
Agensi yang cukup selesa untuk bekerja
Dan saya sangat sukakkan kerja saya sekarang

Tapi Insyaallah
Saya akan tinggalkan agensi ini
Lambat atau cepat
Hanya dengan IzinNya
Dan saya tahu serta faham
Tindakan awak mendiamkan diri juga
Adalah dengan IzinNya

Awak tidak akan merasa apa apa
Kerana Diri saya telah lama berkubur dalam hidup awak

Terima kasih atas segala
kepayahan awak memaksa diri
untuk melayan mesej saya
dan berkawan dengan saya
saya hargai semua itu