Wednesday, December 28, 2011

Selamat menyambut 2012 Dina....

Semalam balik dari pejabat
Teringatkan awak....terkeluar lagi air mata murahan ini...
biarlah ia keluar....selagi jasadnya masih bernafas...
dan sememangnya sejak dua hari ini...
bila sampai di pejabat hati ini agak suram...
sememangnya ianya akan menguatkan ingatan terhadap awak

Pagi ini ..
menambahkan lagi suram....
bila ternampak tandatangan awak....
sememang ianya akan saya jumpa...
selagi saya berkerja disini...

Apa lagi yang boleh saya buat...
Awak sememangnya amat berhati hati
bila chat dengan saya
bertanya sahaja bab keluarga atau agak natural
awak tidak akan membalasnya lagi

semua itu menjadikan saya berhati hati
dan menjadi semakin kekok dengan awak
saya tahu hanya saya yang merasa
kerana saya yang masih memerlukan persahabatan ini....
mati atau hidup nya saya sudah tiada bezanya dalam hidup awak...
saya faham dan saya redha semua itu....
cuma satu masalah saya...
saya masih tidak dapat melupakan awak...

Monday, December 19, 2011

bila mesej tak dibalas

hari nii hantar 2 mesej
tapi tak ada balasan
mula rasa tak senang...
gelisah jugak rasanya....

perkara yang paling aku takut
bila mesej tak dibalas
mula la pelbagai persepsi datang

adakah awak sakit
adakah mesej saya menganggu awak
adakah mesej saya sudah menimbulkan rasa benci
adakah awak mula membenci saya
adakah awak menyampah melihat mesej saya

lillahi masa ini memang rasa tak mampu utk berdepan
rasa takut sangat...
sekarang ini bila perasaan tersebut datang
i nak lari sejauh yang mungkin dari awak
walau sekarang ini saya sudah tidak mampu lagi
untuk bercakap ... lagilaa untuk berdepan

ya dina....
saya memang mahu lari dari bayangan awak
itulah yang mahu saya lakukan
tapi saya masih tidak mampu
saya merasakan tidak ada peluang lagi utk saya
melarikan atau melupakan terus awak dari hidup ini

ya memang...
kalau ada peluang
saya akan berhenti dari agensi ini
saya tak mahu dengar nama XXXXXA
saya tak mahu dengar nama DINA
saya tak mahu lihat logo XXXA
saya akan mulakan hidup baru

itulah saya....
saya teringatkan awak
yang langsung tiada ertinya saya dalam hidup awak....
apa lagi yang saya boleh lakukan
jika itulah ketentuanNYA

Monday, December 12, 2011

Selamat Hari Kelahiran Dina....

Moga dipanjangkan umur dan kerberkatan serta rahmatMu ya Allah
Untuk kawan ku yang amat amat aku hormati
Seorang insan yang jujur dan tunduk kepada suruhan Mu
Seorang ketua yang sentiasa merendah diri serta tiada dibanggakan pangkatnya
Seorang manusia yang senantiasa menolong orang dalam kesusahan
amin...

Sunday, November 20, 2011

Kita Semakin Jauh......

Setiap hari yang dilalui
Rasanya kita sudah semakin jauh
Setelah ingatan yang amat terhadap awak
Mungkin ada hikmah disebaliknya

Rahmat ini ya Allah
Moga ianya kekal dalam hidup aku

Dina,
Saya selalu berkata
Yang diri ini tak akan menganggu awak
Seandainya tiada perasaan cinta dan sayang
Akan tiada lagi penghargaan

Saya selalu bercakap
Yang saya bukannya kawan yang baik
dan mungkin tak pandai berkawan
kecuali terhadap awak...

Selalu saya berkata
semuanya itu kerana diri saya
masih menebal sayang kan Dina

Dan
Andaikata
Semua sayang dan cinta
Tiada lagi dalam diri saya
Percayalah
awak akan saya lupakan

Sebagaimana apa yang saya rasakan kini
tiada langsung dihargai dalam persahabatan
Dilayan tak lebih dari seorang bekas kakitangan

Saya faham
Apabila tiadanya kasih dan sayang
dalam diri kita terhadap seseorang
maka tiadala keistimewaan
yang kita harapkan
Pemberian yang tiada terima kasih
Ucapan yang tiada balasan
'Miss call' atau mesej tiada rasa apa
Mesej hanya untuk topikj perlu

Saya faham mengapa berlakunya semua itu
Dengan kata lain
'Siapa la saya'

Bukan mengungkit
mungkin pada suatu hari
Jika awak terpandang nukilan ini
Awak akan tahu
Iannya menghakis rasa hormat dan kasih saya
terhadap orang yang amat saya sayang

Dan Ketahuilah Dina
Awak berjaya menjadikan saya
orang 'gila' kan awak lebih 15 tahun..
Terjaga dari tidur hanya mimpikan awak
Keluarkan air mata hanya kerna teringatkan awak
Murung hanya kerana tiada kabar berita awak
Bangun sahaja dari tidur awaklah yang tergambar

Dan jika saya berhenti dari Agensi ini
Pun kerana awak....Ketahui la awak
Saya amat sayangkan awak
Rasanya tiada lelaki yang berjaya menandingi
Kegilaan saya....

sekiannnnnnnnnnnnnnnn

Sunday, November 13, 2011

mungkin sudah ditakdirkan......

Dina
Mungkin sudah ditakdirkan
Saya akan senantiasa mengingati awak
Sebagaimana waktu ini

Mungkin sudah Ditakdirkan
Saya sudah tiada kekuatan
Untuk menalipon awak

Mungkin sudah ditakdirkan
Saya sudah mati dalam hidup awak

Mungkin sudah ditakdirkan
saya boleh menerima semua yang berlaku
tetapi hati saya sudah ditakdirkan
akan sentiasa wujudnya awak dalam diri ini

semalam terjaga lagi
hanya kerana bermimpi
bersama awak....
Dan ianya..
terbawa bawa hingga kini

Dina
Ketika waktu ingatkan awak
lillahii ... terasa ingin buang diri awak
sejauhnya dalam hidup saya....
tak mampu lagi saya ....
untuk terus hidup macam ini...

Ingatkan awak...
pada masa yang sama...
saya sudah tidak ada kuasa untuk menalipon awak....
untuk sms pun begitu berat untuk saya....
Inilah dugaan...mungkin inilah doa awak...
sehinggakan diri saya lemah segalanya
untuk hubungi awak....

Lillahi Dina
tak ada manusia bodoh di dunia
yang inginkan apa yang saya rasa....
Teringatkan seseorang yang semakin jauh dengan kita...
Ketahuila awak .... saya amat teringatkan awak
Tetapi saya tahu...awak dijalan yang benar
Dan saya tahu apa jalan yang benar...
Cuma hati saya masih kuat ingatkan awak.....
Apa lagi yang perlu saya lakukan.....

Saturday, November 12, 2011

Wednesday, November 9, 2011

Saya Teringatkan Awak Dina

Hari nii
walau pun agak busy
hati saya amat teringatkan awak

maaf kan saya
kekuatan untuk mesej dan call awak
telah tiada dalam diri saya

maafkan saya kerana
masih teringatkan awak dina....mu

Saturday, November 5, 2011

selamat hari raya aidiladha dina

Selamat raya awak
alhamdulillah sebulan nii
rasa tenang sangat bersahabat dengan awak
harap ianya akan kekal begini

walau pun hati sentiasa teringat
tapi tidaklah ianya menjadikan saya gelisah
terima kasih awak

walau saya sudah cukup lama
tidak mendengar suara awak
cukuplah dengan mesej yang awak hantar

moga awak bahagia
sebagaimana yang saya doakan
selamat hari raya aidiladha
maaf zahir batin....

Thursday, October 20, 2011

mu awak

hari nii
aku masuk FB our best friend
Dan telah aku agak
mesti akan ada gambar awak

berdebar rasanya memulakan surfing
Terjumpa gambar awak di Kuching
Lillahi masa tuu
Nak rasanya berhenti dari agensi ini
lari dari awak

Pelik kan
mengapa perlu lari
sedangkan setiap masa
akan teringatkan awak

lillahi itu
yang saya rasakan
walaupun bulan ini
layanan awak terhadap saya
amat baik sekali

tapi bila lihat gambar awak
rasa gementar
mungkin disebabkan
kuatnya rasa diri ini terhadap awak
semestinya saya masih ditakuk lama
sedangkan awak
sudah berterus terang dengan saya
yang saya sudah hilang dalam diri awak

dan mungkin kerna
sudah lama kita tidak berborak
hanya mesej yang mengubat hati saya
terima kasih awak....

begitulah yang saya rasa awak
nak sangat berjumpa awak
bercakap dengan awak
tetapi mungkin sudah ketentuanNya
saya hanya mampu setakat ini sahaja
mesej.......

kalau awak melihat mesej ini
ketahuilah diri saya masih memerlukan awak
Ya awak...memang betul
Keadaan sekarang lah yang terbaik utk saya
Dan utk awak

Dan saya sendiri
tidak mahu apa apa lebih dari sekadar kawan
tetapi hati saya
dan yang tersirat dalam diri ini
Sudah saya nyatakan

awak cukup kuat berada dalam diri saya
memang awak
kalau ada peluang
memang saya rasa
nak melarikan dari awak
tetapi bukan melarikan diri
seperti 2009....

mungkin jalan terbaik untuk saya
untuk melupakan awak....
walau pun saya tahu awak ikhlas
berkawan...dan
saya juga hendak awak tahu
saya juga ikhlas berkawan dengan awak
tidak mengharapkan lebih dari sekadar kawan
tetapi hati ...
tak mungkin kita dapat membohongi nya...

inilah dilema saya awak
perasaan sayang dan ingatkan awak
cukup kuat hingga kini
terima kasih awak....untuk segalanya
andai awak melihat mesej ini
satu perkara yang saya minta
jangan lah jauhi saya...sekurangnya
balaslah mesej saya...kerna
tandanya saya teringatkan awak....

Tuesday, October 11, 2011

Teringat Kan Awak

Hari Nii Teringatkan Awak
Mesej Kan Awak
Rupanya awak Penang
Esoknya saya akan ke Kuala Lumpur

Dah lama kita tak berborak awak
Entahla Hati nak sangat berborak
Tapi saya dah tak ada kekuatan
Gugup, Gementar ... semuanya saya rasa
Awak pun dah nyata kan yang saya dah hilang
Dalam Hidup Awak

Moga kita bersahabat
Hingga akhirnya...
Terima Kasih Dina

Wednesday, September 28, 2011

TeringatKan Kamu

Bulan Ini berturut......
Hari minggu aku di negeri kamu bekerja
Teringat kan awak dina....
Dan aku memang tak mesejkan awak
Kerna rasanya awak tak perlukan mesej saya....

Mu

Wednesday, September 7, 2011

TQ Dina

Pagi nii sampai ofis
Terus booking keta melawat outlet
Dengan suasana suram
Inilah cara aku mengubat nya

Alangkah gembiranya
aku terima mesej Dina
Terima kasih awak
Walau pun aku dah agak
Yang Dina mungkin takder apa apa

Tapi seperkara yang perlu Dina tahu
Aku akan gelabah kalau tiada mesej
Masuk minggu kedua tanpa mesej
Aku sudah suram

Dan
Malam ini
aku dimesej Dina dengan puasnya
Terima kasih banyak awak
Gelabahnya saya tanpa mesej awak

Itulah saya
Kalau awak nak tahu
Masih tak berubah
Mungkin sekarang saya boleh tak call awak
tapi saya masih perlu mesej awak
Takut kehilangan kali kedua
Walau ianya disebabkan saya

Thank awak...

Sunday, September 4, 2011

Aidilfitri 2011 Yang Suram

Pagi ini
Hari pertama kerja selepas Aidilfitri
Walau pun Aidilfitri tahun nii agak suram
Hanya kerna awak berdiam diri

Setelah beberapa mesej
tak ada balasan dari awak
Itulah yang selalunya
akan membawa suramnya hidup saya

Dina
Kini saya tak berani nak hubungi awak
Bukan marah tetapi takut mesej saya
menganggu awak.....

Bukan nak mengungkit
Tetapi beberapa mesej dengan berlainan hari
satu pun tak dibalas, bagi saya
Ianya adalah mesej yang menganggu kehidupan awak

Entahlah
Tapi terasa sangat, kacau jiwa ini

Tawar hati, bodohnya diri ini, melukut tepi gantang
Pengacau hidup awak, semuanya saya rasa
Lillahi kalau bukan Dina
Sudah lama saya tak berkawan orang yang tak membalas mesej saya
Inikan pula banyak kali

Sudah lama sangat saya tak call awak
Hanya satu sebab
Takut ianya menganggu awak dan
Saya tidak mampu untuk mendail nombor awak
Terlalu takut...gementar untuk mendengar suara awak

Dan Kini
Awak dah tak nak membalas mesej saya
Saya anggap ianya tidak menyenangkan hidup awak
Apa lagi yang saya boleh buat Dina
Untuk berkawan dengan awak ...
jauh sekali untuk menjadi sahabat baik awak

Saya akur ketentuanNya
Menjadikan saya sudah tidak selesa
Dalam kehidupan awak
Saya tidak mahu menjadi pengacau dalam hidup awak
Seperti lelaki lain sebelum ini

Lillahi
Memang suram hidup ini
Walau pun malu hendak saya nyatakannya
tapi itulah hakikat hidup
Yang perlu saya jalani


Dina...
Ketahuilah
kalau saya boleh lupakan awak
Saya takkan hubungi awak
Percayalah

Takper lah
Saya terima semuanya
mungkin inilah pengajaran
untuk kesalahan masa lepas

Buat Dina
Syukurlah ke hadrat Illahi
Awak sudah melepasi
Apa yang saya tengah rasai sekarang

Sesungguhnya Dina
Kalau ada peluang
mahu diri ini bertukar tempat kerja
Rasanya inilah saja caranya untuk lupakan awak
Insyaallah kalau ada peluang dan saya masih
seperti ini... mengacau hidup awak
Saya akan bertukar kerja....insyaallah

Dan andaikata selepas ini
Saya bertukar kerja
Ketahuilah ,
Saya memang menjauhi diri awak

Saya juga mahu kehidupan
Seperti awak dan orang lain
Hidup bebas
Tanpa mengingati orang yang dah lama bencikan kita
Itu yang saya rasa kini

Moga awak bahagia
Saya tahu Dina
Segala yang berlaku atas KetentuanNya
Segala gerak geri awak Hanya dengan izinNya
Bencinya awak terhadap saya pun atas IzinNya
Tiada kesilapan saya letak atas diri awak

Hanya kesal dengan diri ini
Mengapa bodoh masih mengingati awak
Yang sudah tiada apa pun terhadap saya
Walaupun yang saya minta hanya untuk
SEKADAR KAWAN........

Biarlah awak membenci saya
Dan mungkin suratanNya
Saya bukannya kawan bagi awak

Tetapi awak akan kekal kawan
SELAMANYA bagi saya.....
Terima kasih untuk segalanya








Tuesday, August 23, 2011

Maaf Zahir & Batin ......

Dari semalam
Teringat kat awak....
Walau saya agak sibuk seminggu nii...
Bercampur dengan puasa
Tapi awak tetap di fikiran saya

Maaf , saya amat takut
Untuk SMS apatah lagi untuk telepon
Terpikir ianya menganggu awak
Terasa awak pun tak suka
Rasanya dah hampir 3 bulan
Saya tidak mendengar suara awak
Pernah saya telefon beberapa kali
Mungkin tiada rezeki
Hset awak tiada line dan tiada di ofis

Saya hanya nak menyatakan
saya teringatkan awak
Mungkin bulan ramadhan ini
awak tidak mahu diganggu oleh saya
Dan saya nak sangat bercakap
Tapi saya sudah tiada kemampuan
takut..berdebar..semuanya saya rasa

Apapun Dina
Selamat Berhari Raya
Maaf Zahir & Batin
Hati-hati balik Kampung




Sunday, August 14, 2011

Selamat Menyambut Aidilfitri Dina...tq so much









Dina,
Selamat Menyambut Aidilfitri
Maaf Zahir Batin
Banyak kesalahan saya terhadap awak
Menyakiti hati awak, menjadikan awak bersalah hingga kini
Tak ada manusia dalam dunia ini
tidak melakukan kesilapan
Besar atau kecil kesilapan kita
Sememangnya Allah menjadikan Manusia
Dimuka bumi ini hanya untuk
menerima cabaranNya
Yang membezakan antara manusia
Hanyalah memohon keampunan Allah s.w.t
Orang yang mukmin akan sedar kesilapan
dan terus memohon keampunan
dan tiada dilakukan utk kali kedua kesilapan itu

Saya ucapkan ribuan terima kasih
atas kebaikan awak selama kini
memaafkan kesilapan saya
moga awak dan keluarga senantiasa dibawah rahmatNya
Selamat Menyambut Aidilfitri
Maaf Zahir Batin

Friday, July 29, 2011

Selamat Menyambut Ramadhan Dina....

Moga ramadhan tahun ini
akan bertambah amalan awak
Dan Senantiasa di bawah rahmatNya

Saya mohon maaf
kerna masih tidak berubah
tidak sebagaimana awak
yang berjaya mematikan
saya dalam hidup awak

Cuma Dina...
Jangan lah takut pada saya
ingatlah...saya juga mencuba
untuk hilangkan awak dalam hidup saya
cuma masa kini saya masih gagal

Tidak pernah saya salahkan awak
atas apa yang saya alami kini
seperti selalu saya cakap
Semuanya adalah dengan Izinya
Mungkin ada pengajaran untuk saya
Mengapa setiap saat wajah awak ada depan saya

Saya berjanji dan sudah mencuba untuk
menjadi kawan baik awak
Samada berjaya atau tidak
haya awak yang tahu

tapi rasanya saya hanya kawan
sebagaimana kawan awak yang lain
Perlu kita ingat
Hanya Allah s.w.t.yang berhak menentukannya
Saya sudah cuba untuk menjadi kawan terbaik awak
Andai saya gagal , saya terima seikhlasnya ketentuanNya
Mungkin sudah ketentuanNYa
Saya bukan kawan terbaik awak.....

Jalani lah hidup awak seperti biasa
Buanglah diri saya sebagaimana sekarang
Buat yang terbaik dalam hidup awak
Dan doa saya setiap hari pun
Hanyalah untuk awak bahagia dan dibawah rahmatNya
Saya tahu awak tidak selesa dengan cara saya masih sms awak
Saya mintak maaf banyak .....

Hidup saya memang dibayangi awak
Saya akan cuba sedaya mugkin untuk tidak menganggu awak
Cuma kini saya masih gagal...Doakanlah moga saya berjaya
seperti awak dina...

Tiada orang yang bodoh mahukan apa yang i rasa sekarang
seksa dan saya rasa awak pernah mengalaminya...
seksa...gelisah... bila kita ingat kan seseorang yang kita sayang.....

Inilah ketentuanNya yang terpaksa saya hadapi
Lillahi tiada sebesar zarah pernah rasa dihati saya
ianya kesalahan atau bersebabkan awak....

Saya tahu dan faham
SEMUANYA berlaku adalah dengan
Izin Allah s.w.t. .........

Hanya di blog ini
Dapat saya luahkan segalanya
Bukan untuk melukut atau mohon simpati
Perasaan cinta, sayang bukan boleh dijual beli
Semua atas kehendakNya

Moga Ramadhan ini mengubah SEGALANYA
dan berlalunya seksa saya selama ini.....

Moga awak terus bahagia dan senatiasa dibawah
RAHMATNYA.....

Dan awak tetap sahabat saya ....
Walau hanya KAWAN BIASA
Untuk selamanya........

Selamat Menjalani Ibadah Puasa

Sunday, July 24, 2011

Adakah Diri Ini Pengacau hidup Awak..Dina

Dina...
Jika perbuatan saya ini buatkan
awak rasa diganggu
cakaplah..

awak sudah pun tahu
dalam diri saya
masih tidak terbuang diri awak
tidak sebagaimana saya
yang sudah lama padam dalam diri awak

saya tak mahu
menjadi antara orang
yang menganggu awak
kalau dulu saya yg bagi nasihat
bagaimana untuk 'melepaskan' dari gangguan
mana tahu sekarang ini,
saya pula antara orang yang menganggu diri awak kan

cakaplah
saya boleh terima
apa jua keputusan awak
samada diri saya boleh terima
atau tidak ...semuanya dgn izin Allah s.w.t
Pahit, seksa sudah lama saya rasa...hingga kini
Saya terima sebagai takdir ke atas diri saya...

Saya hanya tak mahu dianggap pengacau hidup awak

Monday, July 18, 2011

sedangkan lidah lagi tergigit .....18/7/2011

Baru terasa selesa berkawan dengan awak
tapi ada jua halangannya

susah saya hendak terangkan
mengapa saya melakukan kesilapan
walau ianya memang saya tidak jangka kan
dan semestinya saya tidak mahu

cukup tenang rasanya
dapat berkawan balik

sebagaimana awak cakap
kalau dikumpulkan tuntutan maaf saya
lori 3 tan pun dah melimpah

saya tidak malu atau kisah
untuk memohon maaf
bahkan melutut dikaki awak
saya sanggup dina

tapi kesilapan yang saya lakukan
bukan dirancang...secara tidak sedar
terkeluar....

saya faham dan mungkin saya sendiri
akan terasa kalau ditempat awak
dan lukanya mungkin mengambil masa
untuk sembuh......

apa yang saya harapkan
iannya tidak berparut....
dan sembuh dalam jangkamasa yang singkat

ihklas awak...
yang mampu saya buat hanya mohon maaf....
jika saya boleh melutut dapat menyembuhkan
luka awak...akan saya lakukan

Thursday, July 14, 2011

aku luahkan segalanya hari nii...14/7/2011

sejarah buat aku pagi ini
meluahkan segalanya
pada dina.....

bersalah rasa diri ini
mungkin buat dina rasa bersalah
ikhlas ..... sedikit pun tak pernah terlintas
semua apa yang berlaku
atas diri ini adalah dari izinNya

semuanya yang berlaku adalah atas hendakNya
aku redha dina
tak usah rasa simpati(kalau ada)
kerna aku selalu ingat
setapak kita berjalan adalah kerna izinNya

semua yang berlaku ada hikmahnya dan kerna IziNya
memang, aku lega sangat

dan sepertimana aku tahu
aku sudah lama mati dalam hidup dina
alhamdulillah aku mahu yang terbaik
buat dina....

sebagaimana doa ku lepas solat
kebahagiaan buat dina dan keluarga
jalanilah hidup mu sebagaimana sekarang
taat pada suami mu, bahagiakanlah keluarga mu
taat la pada Allah s.w.t

moga dina bahagia dan dibawah rahmatMU ya Allah
amin......

aku tetap sahabat mu.....

Wednesday, May 25, 2011

terkeluar jugak airmata hari ni..25/5

hari ini masih kuat ingatkan awak
balik dari pejabat sebak sangat...
teringatkan awak...
dan saya tahu serta sedar
sememangnya saya tidak sepatutnya....
dan saya sedar awak langsung tiada ingatan terhadap saya
hanya kawan dalam diri awak terhadap saya
saya tahu itu semua

malam ini
masih terkeluar air mata
teringatkan awak
dan saya sedar
saya hanya sendirian
tanpa awak......

apa pun dalam doa saya
moga saya kawan mu yang terbaik...dina

Tuesday, May 24, 2011

New trend bunglow...modern





dina...
hari nii sesungguhnya teringat kat awak
hari nii juga aku dapat result exam
alhamdulillah lulus semua
nak sangat share....
tapi rasanya awak tak perlukan semua itukan
takperlaa awak .....sepatutnya saya kena sedarkan
tapi ....saya sedar awak...
tapi diri saya masih jua ingatkan awak
dah takdirnya saya
akan senantiasa ingatkan awak....
apa pun terima kasih
kita masih berkawan...

Monday, May 9, 2011

dina....petang yang teringatkan awak 9/5/11






Petang nii tak kerja
tapi hati nii entah mengapa
teringat kan awak sangat.....
cuba untuk tidur.....
biasanya itulah penyelesaiannya awak...
tapi masih kuat...tak tertidur....
kesudahanya aku ambil
grass cutter machine
habis rumput aku kerjakan....
malam nii masih teringatkan dina....
hanya blog ini dina
tempat yang aku luahkan.....

Thursday, April 28, 2011

Inilah saya .....29/4/2011

pagi nii paper terakhir utk persekolahan
dalam dewan pun muncul ingatan awak
bukan sekali dua....

ini lah dugaan saya awak
kalau suatu hari awak melihat blog ini
awak akan tahu siap awak dalam diri ini

dan saya tahu
dalam hati kecil awak
saya sudah terpadam sekian lama

itulah kuasa Allah s.w.t
Dia lah yang berkuasa
dan menetukan segalanya
Segala pergerakan, tutur kita , perlakuan kita
adalah dengan IzinNya
saya redha awak




Wednesday, April 27, 2011

jadilah aku insan bodoh didunia ini...27/4/2011

hari ini banyak masa kat rumah
lepas abis ujian sekolah......
terasa sangat ...
apa lagi kalau bukan teringatkan awak dina....

ya allah....inikah ujian Engkau
terhadap aku didunia ini.....
sesungguhnya berilah kekuatan...

memang kerna tiada email atau sms
yang patut aku terima
jadilah aku insan yang amat bodoh
aku rasa

sememang aku tahu ya allah
semua gerak hati
datangnya dari Engkau
berilah aku kekuatan

moga aku berjaya
menjadi sahabat dina
yang terbaik seikhlas mungkin

andai kau tahu dina
perit rasanya.......





Wednesday, April 20, 2011

mu lagi....

hari ini khamis 21/4/2011
lunch hour...
terasa sedikit lapang hari ini
tentunya akan teringat kat awak


apa khabar awak
entahlah....
terasa berat untuk sms awak...
pengalaman dan cara awak sebelum inii
yang menjadikan saya agak takut
takut jika mesej tak terbalas...
takut kiranya menganggu awak...
takut jika awak rasa saya nii dah jadi penganggu hidup awak

jadilah saya
pengingat setia....

Monday, April 18, 2011

i mu dina

bulan nii agak sibuk
tapi awak sememangnya sentiasa sibuk
teringat kat awak....
tapi apakan daya awak
saya tak berani nak call....
sms pun x berani....
takut tak terbalas oleh awak

tak der apa apa pun
hanya teringat awak so much

Sunday, April 3, 2011

lega banget......

dah agak.....
awak macam biasa....
cuma diri ini.....
gelisah gila kalau tak de reply mesej....
seminggu u senyap.....
janganlaa buat lagi....
harap saya akan faham situasi ini....
jika berlaku lai.....
lega awak....terima kasih

Saturday, March 26, 2011

terima kasih awak...

hari ni hantar sms....
alhamdulillah awak membalasnya...
terima kasih tidak terhingga awak...

sebenarnya kalau awak tidak membalasnya....
saya akan tetap bersahabat dan cuba untuk menjadi kawan sebagaimana biasa...
sehingga jawapan jelas dari awak....
peristiwa 2009 cukup pahit dan seksa..
cukuplah kesilapan itu mengajar saya...
terima kasih ....