Wednesday, December 28, 2011

Selamat menyambut 2012 Dina....

Semalam balik dari pejabat
Teringatkan awak....terkeluar lagi air mata murahan ini...
biarlah ia keluar....selagi jasadnya masih bernafas...
dan sememangnya sejak dua hari ini...
bila sampai di pejabat hati ini agak suram...
sememangnya ianya akan menguatkan ingatan terhadap awak

Pagi ini ..
menambahkan lagi suram....
bila ternampak tandatangan awak....
sememang ianya akan saya jumpa...
selagi saya berkerja disini...

Apa lagi yang boleh saya buat...
Awak sememangnya amat berhati hati
bila chat dengan saya
bertanya sahaja bab keluarga atau agak natural
awak tidak akan membalasnya lagi

semua itu menjadikan saya berhati hati
dan menjadi semakin kekok dengan awak
saya tahu hanya saya yang merasa
kerana saya yang masih memerlukan persahabatan ini....
mati atau hidup nya saya sudah tiada bezanya dalam hidup awak...
saya faham dan saya redha semua itu....
cuma satu masalah saya...
saya masih tidak dapat melupakan awak...

Monday, December 19, 2011

bila mesej tak dibalas

hari nii hantar 2 mesej
tapi tak ada balasan
mula rasa tak senang...
gelisah jugak rasanya....

perkara yang paling aku takut
bila mesej tak dibalas
mula la pelbagai persepsi datang

adakah awak sakit
adakah mesej saya menganggu awak
adakah mesej saya sudah menimbulkan rasa benci
adakah awak mula membenci saya
adakah awak menyampah melihat mesej saya

lillahi masa ini memang rasa tak mampu utk berdepan
rasa takut sangat...
sekarang ini bila perasaan tersebut datang
i nak lari sejauh yang mungkin dari awak
walau sekarang ini saya sudah tidak mampu lagi
untuk bercakap ... lagilaa untuk berdepan

ya dina....
saya memang mahu lari dari bayangan awak
itulah yang mahu saya lakukan
tapi saya masih tidak mampu
saya merasakan tidak ada peluang lagi utk saya
melarikan atau melupakan terus awak dari hidup ini

ya memang...
kalau ada peluang
saya akan berhenti dari agensi ini
saya tak mahu dengar nama XXXXXA
saya tak mahu dengar nama DINA
saya tak mahu lihat logo XXXA
saya akan mulakan hidup baru

itulah saya....
saya teringatkan awak
yang langsung tiada ertinya saya dalam hidup awak....
apa lagi yang saya boleh lakukan
jika itulah ketentuanNYA

Monday, December 12, 2011

Selamat Hari Kelahiran Dina....

Moga dipanjangkan umur dan kerberkatan serta rahmatMu ya Allah
Untuk kawan ku yang amat amat aku hormati
Seorang insan yang jujur dan tunduk kepada suruhan Mu
Seorang ketua yang sentiasa merendah diri serta tiada dibanggakan pangkatnya
Seorang manusia yang senantiasa menolong orang dalam kesusahan
amin...