Saturday, November 15, 2008

Bangunan Komersil di Kelantan


Penggunaan batu tampal akan menyerlahkan/menyerikan lagi binaan sesebuah bangunan atau rumah..tidak perlu menampal keseluruhan tetapi hanya dibahagian tertentu sahaja .




Hotel budget ini terletak berhadapan Hospital USM Kubang Kerian. Warna hijau menampakkan kontras dengan bangunan sebelah. Banyak bangunan serta rumah di Kelantan menggunakan warna hijau yang mempunyai pelbagai pilihan yang menarik. Mungkin 'selera' Kelantanese yang suka kan kehijauan.




Tetapi apa pun bangunan atau rumah yang berwarnakan hijau juga menarik...

Surau LTSIP


Surau ini terletak di Lapangan Sultan Ismail Petra Kota Bharu.Keseluruhan menggunakan warna gelap dan binaan konkrit.
Bentuk seakan masjid Kg Laut yang tertua di Kelantan.Menarik surau ini menggunakan bentuk lama tetapi asas konkrit dan menggunakan warna gelap.

Banglo dikawasan dinaiki air(kemaskini jun 2009)




Meninggikan tapak rumah boleh menjimatkan kos menimbun tanah bagi pembinaan rumah dikawasan yang selalu dinaiki air.




Bawah rumah boleh dijadikan kawasan rehat, letak kereta dan kawasan permainan anak-anak.


Rekaan rumah yang cantik seperti ini memperlihatkan walaupun tapak rumah ditinggikan ianya masih cantik dan berseri.




Cuma penekanan keselamatan perlu bila ada anak-anak kecil dengan dikawal keselamatan pintu perlu dikunci setiap masa.




Kos menambun tanah di Kelantan masa ini amat tinggi sehingga mencecah RM100/lori (mengikut jarak). Untuk sebuah rumah seperti ini jika ditambun boleh mencecah sehingga RM10,000.