Sunday, November 20, 2011

Kita Semakin Jauh......

Setiap hari yang dilalui
Rasanya kita sudah semakin jauh
Setelah ingatan yang amat terhadap awak
Mungkin ada hikmah disebaliknya

Rahmat ini ya Allah
Moga ianya kekal dalam hidup aku

Dina,
Saya selalu berkata
Yang diri ini tak akan menganggu awak
Seandainya tiada perasaan cinta dan sayang
Akan tiada lagi penghargaan

Saya selalu bercakap
Yang saya bukannya kawan yang baik
dan mungkin tak pandai berkawan
kecuali terhadap awak...

Selalu saya berkata
semuanya itu kerana diri saya
masih menebal sayang kan Dina

Dan
Andaikata
Semua sayang dan cinta
Tiada lagi dalam diri saya
Percayalah
awak akan saya lupakan

Sebagaimana apa yang saya rasakan kini
tiada langsung dihargai dalam persahabatan
Dilayan tak lebih dari seorang bekas kakitangan

Saya faham
Apabila tiadanya kasih dan sayang
dalam diri kita terhadap seseorang
maka tiadala keistimewaan
yang kita harapkan
Pemberian yang tiada terima kasih
Ucapan yang tiada balasan
'Miss call' atau mesej tiada rasa apa
Mesej hanya untuk topikj perlu

Saya faham mengapa berlakunya semua itu
Dengan kata lain
'Siapa la saya'

Bukan mengungkit
mungkin pada suatu hari
Jika awak terpandang nukilan ini
Awak akan tahu
Iannya menghakis rasa hormat dan kasih saya
terhadap orang yang amat saya sayang

Dan Ketahuilah Dina
Awak berjaya menjadikan saya
orang 'gila' kan awak lebih 15 tahun..
Terjaga dari tidur hanya mimpikan awak
Keluarkan air mata hanya kerna teringatkan awak
Murung hanya kerana tiada kabar berita awak
Bangun sahaja dari tidur awaklah yang tergambar

Dan jika saya berhenti dari Agensi ini
Pun kerana awak....Ketahui la awak
Saya amat sayangkan awak
Rasanya tiada lelaki yang berjaya menandingi
Kegilaan saya....

sekiannnnnnnnnnnnnnnn

No comments: