Wednesday, December 28, 2011

Selamat menyambut 2012 Dina....

Semalam balik dari pejabat
Teringatkan awak....terkeluar lagi air mata murahan ini...
biarlah ia keluar....selagi jasadnya masih bernafas...
dan sememangnya sejak dua hari ini...
bila sampai di pejabat hati ini agak suram...
sememangnya ianya akan menguatkan ingatan terhadap awak

Pagi ini ..
menambahkan lagi suram....
bila ternampak tandatangan awak....
sememang ianya akan saya jumpa...
selagi saya berkerja disini...

Apa lagi yang boleh saya buat...
Awak sememangnya amat berhati hati
bila chat dengan saya
bertanya sahaja bab keluarga atau agak natural
awak tidak akan membalasnya lagi

semua itu menjadikan saya berhati hati
dan menjadi semakin kekok dengan awak
saya tahu hanya saya yang merasa
kerana saya yang masih memerlukan persahabatan ini....
mati atau hidup nya saya sudah tiada bezanya dalam hidup awak...
saya faham dan saya redha semua itu....
cuma satu masalah saya...
saya masih tidak dapat melupakan awak...

No comments: