Wednesday, February 1, 2012

Penang ... aku tunaikan janji....29hb Jan

Alhamdulillah...
Aku datang lagi di Penang ini...
Yang penting aku akan ke sini lagi...
Setiap tahun insyaallah ada 3 tahun lagi

Semalam
Sampai sahaja di pintu masuk
terus aku update dalam BBM
Memang aku nak kau tahu
Tapi aku tiada kuasa untuk
Bertanya khabar melalui mesej atau panggilan

Hati aku sebenarnya
Ingin sentiasa bersama awak
Tapi apa nak buat
Saya telah hilang dalam diri awak

Hanya blog ini tempat aku
Melepaskan apa yang kurasa
Terhadap awak....

Aku pun tak tahu
Adakah awak menjenguk
Ke blog ini...

Hari hari Di Pulau Mutiara ini
Tidaklah mengembirakan
Apabila kita terkenangkan seseorang
Yang langsung tiada balasan

Tapi aku teringat
semasa kita bahagia bersama dahulu
Jeti feri di Butterworth
Aku mengambil mu disitu
Aku dari Kuala Lumpur dan awak ada mesyuarat di Penang..
Selepas itu kita sama sama ke Kedah

Indahkan....
Tapi saya percaya, awak tak ingat semua itu

Apabila hilangnya perasaan sayang kita terhadap seseorang
Akan hilang bersama apa jua kebaikan yang dilakukan
Itulah hakikat yang mesti diterima
Apa jua kebaikan atau pertolongan
Kalau teringat sekali pun
Seperti angin petang melintas
Habis begitu sahaja

Tapi saya masih teringat
Hset saya selalu rosak
Menyebabkan sms atau panggilan awak selalu tidak diterima
Terus pagi itu awak bagi saya RM300
Saya belikan nokia 3310
Tapi sayang hset itu telah dicuri

Ingat kah semasa di Langkawi
Awak belikan saya dompet dan Jam berbentuk sama dgn awak
Sampai sekarang saya simpan jam dan dompet
Sayangnya saya..simpan dalam almari

Itulah kenangan.....tinggal kenangan

No comments: